SALAM PERKENALAN
"Saya Siti Faizah Binti Abdullah berumur 20 tahun dan lahir pada 3 Julai 1999 di Hospital Umum Sarawak. Saya merupakan anak yang sulong daripada tiga orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Samariang , Sarawak dari Darjah 1 hingga Darjah 6 . Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bako dari Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 6. Tamat sahaja tingkatan 6, saya bercadang untuk kerja sahaja dan tidak terfikir untuk sambung pelajar. Sepanjang cuti itu,saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya bekerja di sebuah syarikat besar menjual kasut iaitu Lea Centre. Sepanjang saya bekerja disana banyak pengalaman yang saya dapat terutamanya melayan karenah pelanggan yang pelbagai ragam terutamanya menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Dari situlah saya dapat belajar untuk meningkatkan diri dengan nilai kesabaran yang tinggi. Pengalaman yang saya dapat semasa bekerja sedikit sebanyak memotivasikan diri bahawa mencari wang bukan semudah apa yang kita sangkakan. Dari situlah saya berazam untuk melanjutkan pelajaran untuk mengubah nasib keluarga.
Kini, saya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial kursus Antropologi Dan Sosiologi. Saya amat berminat dengan bidang ini kerana gemar dalam mata pelajaran sains. Subjek yang ditawarkan agak mencabar dan saya anggap itu sebagai satu cabaran. Walaupun pada permohonan pertama UPU saya tidak dapat tetapi atas berkat usaha dan doa ibu bapa saya, akhirnya saya mendapat tempat dalam kursus ini dalam permohonan rayuan sesi yang kedua.
Selain dari melanjutkan pelajaran, jika saya telah menamatkan pelajaran saya di Unimas dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang akan saya belajar. Saya akan mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk menyara kehidupan keluarga. Saya juga akan berbakti dan bekerja di dalam Malaysia memandang profession sains dan kemanusiaan
amat diperlukan didalam negara.
amat diperlukan didalam negara.
Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan."
Comments
Post a Comment