Mental Health Sessions (FSSK) bersama Puan Siti Norazilah Bt Mohd Said.
Program ini diadakan pada 2 oktober 2019, yang bertujuan untuk memberi keterangan serba sedikit kepada pelajar mengenai Kesihatan Mental. Puan Siti Norzilah menerangkan kepada pelajar cara-cara untuk mengatasi stress. Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami
ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan
dengan cara hidup kita. Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun
apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya.
– Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai
“eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan
sebagai “distress.”
Antara cara-cara untuk mengatasi stress dalam kalangan pelajar ialah senaman. Senaman sudah lama dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress dan meningkatkan tahap endorphin dalam
badan – yang mana bertanggungjawab untuk memberikan anda rasa gembira
dan seronok. Cuba dapatkan masa untuk bersenam dalam kesibukan berkerja.
Selain membantu anda menghilangkan stress, ia juga dapat menyihatkan
badan anda. Cuba tingkatkan kadar degupan jantung kepada 120-180
seminit selama 30 minit sehari (melalui senaman). Sekiranya anda tidak
mempunyai masa selama itu, anda juga boleh memecahkan jangka masa
tersebut kepada beberapa pecahan, seperti 10 minit waktu pagi, 10 minit
tengah hari dan 10 minit lagi pada sebelah petang. Berjalan selama
20-30 minit setiap hari juga dianggap sudah cukup, jika itu sahaja yang
anda mampu. Berjalan bukan sahaja efektif dalam mengatasi masalah
stress, bahkan ia juga boleh memberikan kecerdasan tambahan kepada diri
anda. Mengikut satu kajian, orang dewasa 40-an yang kerap berjalan
sekurang-kurangnya 150 minit seminggu boleh meningkat jangka hayatnya
selama 3-4 tahun. Sebagai contoh, berenang, mendaki dan berbasikal juga mempunyai potensi untuk
mengurangkan stress. Aktiviti-aktiviti ini sesuai kepada orang yang
mengalami masalah urat dan otot kerana senaman ini tidak memerlukan
pergerakan yang banyak dan kuat.
Kesimpulannya, masalah stress ini adalah perkara yang biasa dialami oleh
setiap orang, tidak kiralah yang telah berkerja mahupun yang masih
belajar. Yang membezakan mereka adalah cara mereka mengatasi dan
berhadapan dengan masalah stress tersebut.
Rakan dari kumpulan lain yang menghadari program ini.
Comments
Post a Comment